Tuesday, August 11, 2009

cepatlah sembuh...

hurm..cian makcikku(sepupu mak aku jadi mak menakan pupu akulah)..semalam kul 12 lbh, tokdak call abg ngah aku ckp yg depa nak bertolak ke kl sbb nakg tngk makcik aku(kt ukm) tengah tenat. terkejut beruk kami satu family. katanya makcik aku disyaki kena tibi..siannya, xtahulah camana blh kena, ikutkan family kami semuanya x pernah ada penyakit mcmtu...

(makcikku yang pakai tudung gelap tu, yang belakang tu maksu ku)

baru pagi kelmarin aku ym ngan makcik aku tu, aku saja la kabo kt dia yg aku nk bertunang sabtu ni, dia lak xleh balik, xpala,aku paham, dan x semena2 semalam mak dia kata dia sakit teruk plak...
apapon aku doakan dia cepat sembuh dan x dijangkiti sebarang penyakit kronik..dia pon muda g, taun ni baru 22, muda 2 taun dr aku.
semalam nk tdo aku teringat lak kenangan lama waktu kami kecik2. aku ngan dia kira sebaya jugakla kecik2 dulu, main apapun mesti sama2, main guli, main gasing, main wau, teghejun bendang, hurm...semuanya selalu ja sekali.

n ni sedikit info yang aku dapat tentang penyakit tibi

Penyakit TIBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

* Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
* Kahak yang mungkin mengandungi darah
* Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
* Susut berat badan dan hlang selera makan
* Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
* Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

1. mendapatkan pemeriksaan doktor
2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

* 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
* 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

* Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
* Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
* Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

2 comments:

♥ mamaQASrina ♥ said...

siannya kt dia..muda lagi tuh! semoga cepat sembuhla

M|sSpSp said...

aah kak..moga cepat sembuh..