Tuesday, August 18, 2009

editing picture







nnt aku upload lg yerr...

-with love-


Sunday, August 16, 2009

selesai sudah...

ehem2..aku tengah tersenyum neh..hehehe..gurau ja...alhamdulillah sebenarnya yang aku nk ucapkan mula2 sekali..alhamdulillah sebab majlis berjalan lancar, alhamdulillah sebab apa yg dirancang menjadi dan alhamdulillah sebab aku dh selamat menjadi tunang dia dengan selamatnya..hihi..

dan yang penting terima kasih utk mak aku yang berpenat penat menyiapkan segala persiapan kenduri hingga segalanya berjalan lancar. thanks mum, luv you so much. malam sebelum tu aku ngan abg aku p pasar malam beli segala mak nenek barang utk kenduri. bawang cabai semuala. n balik ja kami terus siap siang2 bawang, lengkuas n semua2 utk esoknya..ops..lupa nk cakap, kami wat lauk ayam masak merah, masak lemak rebung ngan udang, grng ikan kering, sambal belacan n ulam ulaman.
mmg sodap sgt..hehehe...
malam tu siap2 semua yang tu, aku teman plak kak ipaq aku wat hantaran. sebenaqnya bab hantaran ni kan, family dia bg 3, so kami kena balas 5 ja la. so dh kena wat 5 ja, aku bg la kakak ipaq aku wat srng satu. n mlm tu kakak ipaq yg no 2 tu x lrt dh(tngh mengandung),so dia amanahkan kak ipaq yg sulunglah tlng buatkan. mlmtu pulun watlah dia sampai kul 3, cian dia...thanks kak long...


ni kak long aku tngh bertungkus lumus wat hantaran ke2 dia..


ni sumi laici..cantikkan..cam kt kedai lak..pandaiii kak long..

selesai kul 3, aku terus bum tdo, letih sgt dh..pagi tu plak awal2 aku n mak aku dh bangun...tp mak aku la bangun dulu, aku lewat ckit dr mak aku..hihiih...aku bangun2 mak aku dh siap grng bihun dh utk makan pagi kami n org2 mai tlng wat keja. aku bangun tu terus mandi n buat keja pa2 yg ptt kt dapur tu. x lama tu, 2 org kg meh tlng wat keja, mula2 basuh ayam, phtu grng ayam, phtu wat masak lemak phtu bla bla bla bla...hehehe..letih nk tulih satu2..

dlm kul 12 tu aku dh x peduli dh bab2 dapur ni sbb aku kalut siapkan katil n susun buah dlm bakul utk hantaran ke 4. sudah tu aku pon terus mandi n siap2 nakp mekap..janji kul 12 nakp tp ni dh kul 12.30, adoila ralit btol aku ni...

sampai ja kak tu kata, kejap ja..sementara tunggu kak tu ambik perkakas dia, aku snapla satu dua gambaq utk tatapan semua.


ni kak teh aku dengan 2 pengikut yang mengacau..hehe...comel!


ni tompat yang aku akan baring utk dimekapkan..

hahaha...ops..gelak besaqla pulak..sebenaqnya aku nk kongsi cerita ni, mula2 kak tu pegang muka aku utk cuci muka, aku cam kena kejutan elektrik, geli wooo...hahaha....lawak lawak...
dh tahan2 tu, lama2 rasa okla tp ada jugakla rasa geli tu ckit2.


ha..ni masa tengah geli ar ni..hahha..

aku rasa dlm sejam gtu kot, segalanya pon siap..kak tu kata, k k, bangun tukaq baju n pakai tudung..


ni kak tu siap kemaskan tudung aku. n tngkla muka aku tu, hehehe...


tadaaa....ni la aku yg dh siap di mekap dan di'ubahsuai'..hehehe

selesai pakai layah pa semua, kami pon bertolakla balik sbb dh kul 2 lbh dh. ops..sebelum tu tlupa plak..kami singgah ambik kek dulu, ni utk hantaran no 5..hehe..

warghhh..penatnya menaip...ok2..sambung balik...hehe...sampai ja umah, syida n aju dh ada tunggu aku..thanks aju n syida sbb datang..kawan2 lain ada hal,xpa..aku paham kawan2 aku..jangan risau k...hehehe...

kami lepak lam bilik sementara tunggu pihak lelaki datang. sempatla snap gambo ckit..ni semua gambo lam enset ja ni..yang dalam camera x sempat transfer lagi..nntlah na...


ni dengan aju, sori syida, gambo xdak lam enset, mungkin ambik guna camera kot..nnt wanie upload k...layah atas kepala jatuh ckit..uduh betol..x perasan...hehehe

"dh sampai..dh sampai"...abg teh aku mai habaq rombongan lelaki dh sampai..haha...aku x semena2 jadi ketaq..td ok ja..siap gelak ketawa kuat g..ops..ayu kit...hhehe..k ar..layan ar gambaq na..x larat dh nk taip...hehehe....


ni last posing sebelum aku menjadi tunang org


mak dia sarung cincin


dah menjadi tunangan orang


sarung cincin



salam ngan bakal mak mertua


bergambar dengan bakal mak mertua


bergambar dengan bakal kakak ipaq


bergambar dengan bakal kakak ipaq


rombongan lelaki tngh menjamu selera lepas sudah berbincang


family dia tengah makan


hantaran


hantaran


dengan mak, kaklong n syafiqah


dengan kak2 ipaq n anak2 menakan yang nakal sgt sgt sgt


ni kek hantaran depa..cantik..rasa blueberry lagi...sedap sgt..thanks..


ni plak kek kami yang nk bg kt depa tp x jadi sebab kawanku aju n syida dh bawak sebiji kek...thanks my friend..


potong jangan x potong


tudiaaa....kalut dh depaaa....


selesai



last pic sebelum buang baju, tudung n mekap


last picture

Thursday, August 13, 2009

aku hampir ke situ...

huhu, aku punya baju dh siap kelmarin. kosong abeh baju tu, n semalam aku pon mengambil pendekatan dengan menjahit manik kt lengan baju tu utk menceriakan hari ceria aku nt..hihi..
nk tngk camana jadi dia?ok2...tngk ckit na, gambaq penuh nntla aku upload sbb kalau dh tayang awal2, nnt x surprisela pulakkan..


-ni waktu aku baru beli, sajala tngk masukka x dengan warna kulitku yang golap2 ckit ni..hihi..-


-n yg ni yg aku dh letak manik semalam..ok x?ok x?ok x?-


H1N1??

uik...makcikku kena H1N1??btoika neh? semalam balik ja, mak aku ckp makcikku kena H1N1,sekarang kena kuarantin lam bilik dia, xleh g mana2.
balik cni pon x boleh, kena dok UPM gak..yalah, kalau balik, lagi merebakla penyakit tu kan. dengar cerita kawan dekat bilik dia meninggal sebab penyakit ni..aduss..siannya..
apapun aku doakan dia selamatla..mkn ubat dan ikut ckp doktor. segalanya yang datang adalah dari Allah, jadi berdoalah padaNya moga disembuh dan dijauhi dr penyakit itu.

abah..

hurm..dh nk bertunang ni, aku btoi2 teringat abah...kalaulah abah ada, mesti dia seronok. yerlah aku kan satu2 nya anak pompuan lam family aku, tentulah abah seronok. sebelum ni apa2 yang berkaitan aku pon abah dh seronok buat, tambahlah hari bahagia mcmni kan...apapun abah tetap dihati dan tetap aku rasa ada disamping aku.





kadang2 aku sukar nk bendung perasaan sedih ni. tengah berjalan, aku terjumpa org yang sebaya abah pon, aku dh teriak, aku btoi2 rindu abah..kesian abah x dpt tngk aku abeh study, aku konvo, aku kerja n aku bukak cc ni. sedih sgt.


Tuesday, August 11, 2009

gula oh gula...

gula ohhh gulaaa...kenapa la engkau xdak ni..
hurm...menteri ckp gula cukup, gula cukup, tp still xdak, napa neh..mak aku dhla hari2 asyik suruh aku g cari kt kedai utk spare kenduri sabtu ni, aku lak puas pusing kedai nu, pusing kedai ni, last2 dpt la sekilo..huhu...

mcm2la, sapa yg btoi2 bersalah pon x tahulah.. semalam mak aku merungut lg, nk bancuh ayaq mcmana la sabtu ni, aku lak bg la cadangan wat ja sirap bandung..hihi..ok gakkan?sedap wooo...tngklah camana, kalau melarat gak gula ni kt umah aku, mmg terpaksa beli susu wat sirap bandung jalah nampak gayanya.
yg aku paling x tahan gelak, baru2 ni adala srng tu, jalan ala2 rockers gtu, tangan dia siap pegang 3 hinggit g, tba2 dia menuju ke cc aku, dia tanya, gula ada X? siap dengan sora serak2 ganas lg, aku senyum nk ckp xdak..belum sempat aku ckp, dia dh blah...hahaha...gelak kuat aku lepas dia p. aku rasa kan, sebab gula ni, ntah2 ada yg gaduh laki bini pa..kan kan?yerlah..nk mnm air pon xleh sbb xdak gula, mao x gaduh..hahaha...
yang budak2 mai tanya ada juai gula ke x tu mmg dh biasa dh..aku x tahula napa depa mai tanya aku..mmgla aku ada juai makanan skit2 tp xdakla nampak cam kedai runcit sgt pon..hahaha..tp kalau aku juai jugak camana?wakakaa...lawak la pulak aku neh...

cepatlah sembuh...

hurm..cian makcikku(sepupu mak aku jadi mak menakan pupu akulah)..semalam kul 12 lbh, tokdak call abg ngah aku ckp yg depa nak bertolak ke kl sbb nakg tngk makcik aku(kt ukm) tengah tenat. terkejut beruk kami satu family. katanya makcik aku disyaki kena tibi..siannya, xtahulah camana blh kena, ikutkan family kami semuanya x pernah ada penyakit mcmtu...

(makcikku yang pakai tudung gelap tu, yang belakang tu maksu ku)

baru pagi kelmarin aku ym ngan makcik aku tu, aku saja la kabo kt dia yg aku nk bertunang sabtu ni, dia lak xleh balik, xpala,aku paham, dan x semena2 semalam mak dia kata dia sakit teruk plak...
apapon aku doakan dia cepat sembuh dan x dijangkiti sebarang penyakit kronik..dia pon muda g, taun ni baru 22, muda 2 taun dr aku.
semalam nk tdo aku teringat lak kenangan lama waktu kami kecik2. aku ngan dia kira sebaya jugakla kecik2 dulu, main apapun mesti sama2, main guli, main gasing, main wau, teghejun bendang, hurm...semuanya selalu ja sekali.

n ni sedikit info yang aku dapat tentang penyakit tibi

Penyakit TIBI

TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain.

Bagaimana TIBI Merebak ?

Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya.

Tanda-Tanda TIBI

* Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu
* Kahak yang mungkin mengandungi darah
* Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
* Susut berat badan dan hlang selera makan
* Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang
* Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI

Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

1. mendapatkan pemeriksaan doktor
2. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI
3. menjalani pemeriksaan x-ray dada

Rawatan

Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.

* 2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari
* 4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan

* Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.
* Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor
* Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Sunday, August 9, 2009

part 1 : kisah dan lagu

hurm..harini aku xtaula nk post apa, tp rasa bosan lak xdak keja..
ha..apa kata aku kongsi perasaan aku?huhu..arini aku cerita pasai kisah dan lagu...k 1st, pasai lagu 80 an. lagu 80 an mmg banyak gla kenangan bg aku sebab waktu tu aku kecik g, abg2 aku plak gila dengaq lagu lama2, hari2 pasang kaset lagu tu ja kami ni..

n lagu yg paling aku rindu dan ingat adalah lagu hattan : rendang tak berbuah. seingat aku, aku mula felling ngan lagu ni waktu aku darjah 6. mayb lagu ni pemes waktu aku darjah 6 kot, ntahla
aku pon x pasti, yg pasti kalau dengaq ja lagu ni, mesti aku teringat balik kenangan waktu tu. wooo..rindunya...abah pon ada sekali lam kenangan aku tu, tu sedey tu.. n waktu aku darjah 6 ni ar kami mula wat ubahsuai rumah. rumah kami yang buruk dulu tu, kami robohkan n naik kan yang baru, tp bukan naikkan semua, naik bahagian depan ja. alhamdulillahla, sampai sekarang rumah tu masih elok dan cantik(cantik bahagian dlm ja, luaq xdakla elok sgt-luaq setinggan dlm kondola katakan..hahaha)
n aku mula berjinak2 pakai tudung pon waktu aku darjah 6 ni ar. kalau aku tngk gambo lama2, mmg pecah perut aku gelak sbb pakai tudung mcm mak datin sekarang ni pakai, pesyen kuaq rambut kt depan tu, aku x tahu la napa aku pakai mcmtu, mayb rambut wat pesyen kedepan kot, phtu nk pakai tudung dia kluaq ar kt depankan..hihi..mmg lawak la gambaq tu. mcm2 lg ar kenangan waktu tu, yg aku tahu, aku mmg bersyukur sbb ada kenangan seindah tu. thanks ALLAH..
video

Thursday, August 6, 2009

nk hadiah x??????

k, kalau kawan2 nk dpt hadiah, sila ikut arahan ni, just copy n paste ja, phtu dptlah hadiah...
jom kita zassssssss sekarang.......

contest ni mudah ja. apa yg kita kena buat, just tempek banner dia kt kita punya website dan kita akan memenangi sebuah talipon 3GS dan sebuah Western Digital Hard DIsk 320 Gb.
dia punya banner tu mcm yg aku letak kt atas belah kanan tu.

selain menyokong kemerdekaan negara kita yang ke-52, sapa sangka kita boleh menangkan.so, joinla sebelum terlambat. klik ja ni utk register http://www.exabytes.com.my..

pastu kt bahagian referrer URL tu, letakkan email aku, awexmanja@yahoo.com, kalau xdak referrer tu, xsahla hampa punya pendaftaran, so tunggu apa lg, mana tau kita menang...cewahhhhh....


ISTERI IDAMAN

Kriteria isteri idaman adalah:

1. Seorang isteri yang cantik, pandai bersolek, memasak dan mengurus rumah adalah hal yang penting.

2. Seorang isteri yang periang, bertenaga, dapat membuat kita tertawa dan menghibur dikala duka juga penting.

3. Seorang isteri yang memahami, soleh, jujur, taat beribadah dan dapat dipercayaI sangat penting.

4. Seorang isteri yang dapat memahami dan memuaskan anda secara lahir batin dan di tempat tidur juga sangatlah penting.

5. Tapi yang paling penting adalah ke empat-empat istri tersebut di atas tidak saling mengenal satu sama lain...

Tuesday, August 4, 2009

merisik..

huh, akhirnya terjadi jua hari yang kuidam2 selama ini, dan alhamdulillahla segalanya berjalan lancar, td rombongan mak, kak, dan abg ipar dia sampai kul 9.15 pagi dan lepas bincang2 mak aku dan mak dia pon wat persetujuaan sabtu 15 hb kami akan bertunang, majlis dicadangkan dlm pukul 3 ptg sbb awaltu mak nk panggil org kg makan kenduri bab kami wat arwah ckit utk si mati.

act,aku dh beli baju utk majlis tu td, lepas beli rasa mcm terang sgtla pulak kaler tu,ntahla, biaqla, pakai dhla..kelmarin cadang nk sewa ja, tp sewa ngan mekap ja 100 lebih, wuu..pakai kejap ja pon baju tu, 100 lebih tu, sayang lak rasa n bila aku pikir2, baik aku beli kain pasang n buat ja baju, senang cerita, kalau 100 pon xpa,berbaloi, aku still boleh pakai lg pasni kalau aku rasa kurang malu..huhu..
ptg japg aku nak pegi rumah kak yati buat baju, bg dia buat..td pg aku dh call tanya sempat buatka x, dia ckp kalau baju kurung tu sempatla, baju fesyen2 dia xnak sbb x sempat,dia banyak tmpahan sekrang ni.. xpalah, aku pon bukan nk wat fesyen2 cuma nk baju kurung ja..
huh..harap segalanya berjalan lancar.
-smile-


Monday, August 3, 2009

debaran makin tiba..

huhu..actually aku x tahu mcmmana perasaan aku skrg ni, x semena2 aku dh nk bertunang, biar benarrr..hihihi...
sblm ni 'dia' banyak bincang dengan family 'dia' pasai kami, aku diam ja sbb 'dia' x pasti lg mcmmana. 3 4 hari lepas dia lepak kt cc aku smbl tlng aku wat keja2 aku, tba2 abg aku mai, abg

aku wat biasa ja, tp balik ja rumah terus dia sound aku, dia kata tunangla dulu, dok jumpa selalu mcmtu, x elok org tngk, nnt timbul fitnah. n aku pon ckp la kt 'dia', abg srh bertunang dulu, biaq ada ikatan. tba2 'dia' kata xpalah, mcmtu kita bertunang ja sebelum posa..uikk...cepatnya..persiapaan apa satu pon xdak nihh...
pastu aku ckp kt mak aku yg mak dia nk masuk meminang, mak aku senyum ja, phtu mak aku bincang ngan abg aku, bincang punya bincang, dptlah persetujuan yg kami akan bertunang sebelum puasa, wahhh...x duga secepat ni...
huhu..sebenaqnya esok mak dia nk datang merisik aku, malu maaa...huhu...
'dia' ckp just nk sembang2 n tetapkan tarikh tunang ja tp mak ngan kak 'dia' nk aku ada gak sbb nk tngk aku, adoila...esok aku nk pakai apa erk..xkan grand2 lak, rasanya pakai baju kurung yg biasa aku pakai mai kheja ja kot, ala..org nk tngk ja pon, xkanla nk over2 kan...hihi..


Sunday, August 2, 2009

mutiara kata

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"



"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang, melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin, mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir"

"Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali"

"Bila anda dapat bangun dari tidur pada suatu pagi, bermakna anda harus menjadikan hidup anda lebih bermakna sebagai tanda kesyukuranmu kepada Ilahi"

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

"Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu"

"Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

"Perkataan yang baik tidak akan muncul dalam jiwa yang kotor seperti biji benih yang tidak akan tumbuh pada tanah yang gersang"

"Kekayaan yang paling kaya ialah akal, kemiskinan yang paling besar ialah bodoh, keburukan yang paling buruk ialah terpesona pada diri sendiri, dan semulia-mulia kelakuan ialah akhlak yang baik"

"Yang menentukan masa depan anda bukan kekayaan, kedudukan dan kebahagiaan yang anda capai, tetapi ke arah mana akan anda bawa semua itu"

"Orang yang sibuk mengejar kepentingan dirinya sendiri akan mencipta banyak lawan"

"Jika kita bukan pelita yang menerangi malam, memadailah kita menjadi kunang-kunang yang akan menemani malam"

"Hidup adalah komedi bagi sesiapa yang hidupnya dengan akal. Dan merupakan tragedi bagi sesiapa yang hidup dengan emosi"

"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu kebodohan"

"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan rasa aman ketenangan"

"Yang bernama perwira bukanlah yang banyak menjatuhkan lawan, tetapi perwira sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika marah"

"Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur"

"Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

"Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita buat"

"Seorang guru yang jujur harus berniat agar muridnya lebih pintar daripadanya, manakala seorang murid yang jujur harus pula mengakui kepintaran gurunya"

"Cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan"

"Dengan hatilah seseorang itu melihat dengan betul, apa yang penting tidak dapat dilihat dengan mata" Antoine de Saint-Exupery The Little Prince.

"Kerana anda dapat mengawal kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahawa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sedar atau tidak sedar" Barbara Hall.

"Cara yang paling cepat melakukan banyak perkara ialah dengan melakukan satu perkara dalam satu masa" Samuel Smiles

"Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang cuai, dan beri amaran kepada mereka yang menentang" Whitney W Young

"Ramai orang yang boleh memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai boleh menetapi masa yang berharga" Dr. Mahathir Mohamad.

"Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit" Allen Tate

"Kegagalan hari Ini beerti pendorong, namun kejayaan semalam bukan beerti kemegahan, oleh itu gantungkanlah cita-citamu setinggi-tinggi bintang di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah-rendah rumput di bumi"

"Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan"

"Tugas pertama seorang lelaki ialah menjadi dirinya sendiri"

"Pilihlah seseorang untuk dicintai & cintalah pilihan anda itu"

"Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan"

"Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam & bahaya"

"Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri"

"Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA"

"Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan"

"Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar & menulis menjadikan anda lelaki sejati"

"Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain"

"Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama"

"Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah"

"Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan"

"Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka"

"Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar"

"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"

"Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya"

"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

"Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu"

"Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya"

"Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia"

"Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka"

"Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka"

"Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada lelaki yang beliau cintai"

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam"

"Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar"

"Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana"

"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"

"Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda & menguatkannya dari hari ke hari"

"Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan"

"Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan......... "

"Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai........."

"Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya"

"Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat"

"Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah"

"Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan"

"Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain"

"Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya"

"Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya"

''Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya''

''Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan''

''Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda'

"Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup"

'Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama''

''Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya''

''Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah''

''Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini''

''Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca''

''Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada''

''Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia''

''Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai''

''Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal''

"Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"

''Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia''

''Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya''

''Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan''

''Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi''

''Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan''

"Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan"

''Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu''

''Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan''

"Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya"

''Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama''

"Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian"

"Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita & kejayaan"

"Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat"

"Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan"

''Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri''

"Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri kita yang sebenar"

"Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar"

"Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia"

"Arus masa depan telah tiba & tiada cara melawannya"

''Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya''

"Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan"

"Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri"

"Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan"

"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

"Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati"

''Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit''

''Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian''

''Sungguhpun bertanya itu memalukan, tetapi disitulah kebenaran yang mudah diperolehi. Malu bertanya sesat jalan. Bertanyalah pada mereka yang arif''

''Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini''

''Pemimpin yang paling berkuasa ialah yang disegani oleh rakyatnya, manakala seorang pemimpin yang tidak baik akan menipu rakyatnya''

''Anak yang soleh sentiasa bermanis muka ketika bercakap, tidak berwajah garang atau bermasam muka kepada orang lain''

''Ilmu yang tidak dimenafaatkan umpama pohon yang tidak berbuah''

''Tiap-tiap perkara yang tidak dimulai dengan BISMILLAH, maka akan terputus keberkatannya"

''Janganlah kita bersikap sombong dan bermegah-megah dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Orang yang sombong selalunya akan dibenci''

''Bercakaplah yang benar walaupun ianya pahit''

''Sesungguhnya Allah s.w.t itu tidak melihat kepada tubuhmu, tidak pula melihat bentuk rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu''

''Janganlah takut mencuba sesuatu yang baru, asalkan kalau kita yakin dengan kebaikan yang akan diperolehinya

''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain''

Fikirkanlah dosa dan pahala...lalu laksanakanlah yang berpahala dan tinggalkan yang berdosa''

'Orang Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih disukai oleh Allah daripada orang Mukmin yang lemah''

''Berbuat baiklah, sesungguhnya Allah s.w.t menyukai orang-orang yang berbuat baik''

''Jadikanlah hari ini lebih baik dari hari semalam''

''Tidak akan masuk syurga bagi orang yang memutuskan silaturrahim'.

''Tunaikanlah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dengan jujur''

''Berusahalah untuk menjadi kawan yang setia....kita tetap bersama walaupun dalam keadaan yang susah''

''Ingatlah, kita tidak akan menjadi miskin atau susah hanya kerana kita berkongsi sedikit daripada harta kita dengan orang lain''

''Tidak kira betapa kecil atau besar sumbangan yang boleh kita berikan, yang penting kita berusaha sebaik mungkin dengan keupayaan yang ada pada diri kita''

''Sesuatu kejayaan adalah lebih bermakna apabila ia disertai usaha yang bersungguh-sungguh...orang yang mudah berputus asa tidak mungkin beroleh kejayaan yang cemerlang. Biarlah bersusah dahulu, asalkan senang kemudian''

''Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting dari yang penting''

''Jangan terlalu memandang tinggi kepada orang lain sehingga memandang rendah kepada diri sendiri''

''Janganlah kita mudah lupa diri apabila mendengar puji-pujian sebab tidak semua puji-pujian itu dapat memberi kebaikan kepada kita''

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Jalan terbaik untuk keluar dari suatu kesulitan ialah menghadapi dan mengatasi kesulitan itu"

"Apabila kita mendengar sesuatu berita , kita selalu harus menunggu keputusannya"

"Memberi contoh dengan perbuatan adalah lebih baik daripada memberi contoh dengan perkataan"

"Manusia yang dapat membina dunia serta kemajuannya adalah manusia yang dapat memuji dan mengkritik"

"Perancangan yang teliti memainkan peranan yang penting dalam hidup manusia, jika anda mempunyai matlamat atau tujuan hidup jelas, anda harus merancangnya dengan teliti agar dapat menuju kearah sasaran dengan tepat"

"Keadilan adalah timbangan kebenaran, kesederhanaan adalah timbangan keberanian"

"Jika kita tidak mampu bertindak seperti yang kita harapkan maka kita harus bertindak apa yang kita mampu"

"Angan-angan, harapan, keinginan, kehendak dan cita-cita dapat diubah sehingga menjadi kenyataan, setelah melalui pengalaman pahit dan kegagalan dan tetap bertekad untuk berjalan terus maju terus tanpa mengenal lelah dan putus asa sekalipun orang lain sudah menghalangnya"

"Tidak sekali-kali panjang fikiran seseorang selain ia telah berilmu. Dan tidak sekali-kali berilmu seseorang itu selain ia beramal"

"Keyakinan yang mendalam akan membuat seseorang itu kebal terhadap ejekkan dan hinaan"

"Untuk mencapai cita-cita yang anda idam-idamkan, anda harus ada kemahuan , kebolehan, kesanggupan dan penentuan yang teguh"

"Modal paling baik dari seorang ialah kerajinannya"

"Jangan melepaskan apa yang berada berhampiran kita dengan bermimpi tentang apa yang jauh daripada kita"

"Barang siapa yang menjadikan dirinya pemimpin maka hendaklah ia mulai memimpin dirinya sebelum ia memimpin orang lain"

"Kalau kamu melihat seseorang berbudi luhur, berusahalah menyamai kebaikannya dan kalau kamu bertemu dengan seorang berbudi rendah, periksalah dirimu sendiri"

"Hargailah diri sendiri, peliharalah maruah dan martabat demi menjadi insan yang sempurna"

"Waktu sangat berharga, maka itu janganlah engkau habiskan kecuali untuk sesuatu yang berharga"

"Tidak ada yang lebih mencelakakan daripada bekerja tanpa menggunakan pengetahuan."

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain"

"Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi"

"Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal"

"Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu"

"Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda"

"Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain"

"Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya"

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

"Perkara yang paling manis dalam dunia ini ialah pujian seorang kekasih daripada perasaan cintanya. Ia lebih manis daripada madu yang paling enak di dunia ini"

sumber : internet

Bulan Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.

Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:



* Memperbanyakkan puasa sunat. Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

* Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

* Bertaubat . Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

sumber : internet