Thursday, July 30, 2009

lawak lawak

lawak pertama :

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.



Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam.


lawak kedua :


Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan
loghat pantai timur?

Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."


Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".

Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."


KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!


sumber : internet

Monday, July 27, 2009

makan makan

ha..harini aku nk cerita bab resepi plak...aku ni kadang2 tu suka mencuba, cubaan aku selalunya aku wat kecil kecilan ja bab aku tkt x menjadi..hihi..
semenjak dua tiga menjak ni aku selalu selak buku resepi, selak on9 la, buku2 ni malas kit..hihi..dh siap semua pemahaman aku, aku pon pegila beli brng ptg kelmarin, abeh jugakla rm 20, phtu semalam aku pon mula masak resepi pertama aku iaitu kentang putar..
dh lama aku cari cara nk wat kentang putar ala kfc tu, n semalam aku test jugak, huhu..dap gak rasanya, cuma kentang dia ja aku rebus x empok, aku neh mmg kena banyak belajo la nampaknya..apapon dia punya sos mmg sedap, menjilat jarila jugak, mak aku makan siap tambah g, hihi...
tp menjadi2 pon x dakla menjadi 100%, mmg banyak benda nk kena baiki, besalah, apapon kalau 1st time buat mmg la ada yg x kena kan, tp klu wat kali ke2, pasti menjadila bab dh tahu dh apa kurang apa lebih..

n nk tngk hasilnya?tadaaa.....inilah hasilnya lepas siap aku masak...


sebelah kiri tu ubi kentang yg siap dilenyek tp x halus pon aku lenyek, hihi,xpalah lain kali aku lenyek abeh2lah, smlm kalut bab nk tngk jangan lupa lirik..hahaha...n sebelah kanan tu sos dia, dap wooo cuma likat kit aku buat, terlebih tepung daa...xpa xpa, kita kena cuba baru tahu kan..hihi...

tu resepi pertama, yg kedua pulak aku wat pagi td..ops..aku dan mak aku daa...pg td kami wat roti sardin, mak aku masak sardin, aku bangun balutkan ngan roti ptng ja..sajala try, selalunya beli kt kedai ja,ni teringinla pulak nk try sendiri.. n hasilnya agak memuaskanla..hihi..nk tngk hasilnya x? ni dh tinggal 2 ketol ja ni, aku mkn dh 3 ketol, lupa nk snap, so, tinggal 2 pon 2 la, asal ada gak bukti..hehehe...


nyam2, mmg sedap wat sarapan atau utk mnm ptg...

Sunday, July 26, 2009

rindu geng 8

wa..rindunya kt geng 8..2 video ni aku wat waktu aku dok study kt poli, mmg banyak sgt kenangan antara kami mula dr kul 7 pg sampaila kul 6 pg esok tu, mmg banyak sgt kenangan yg tercipta..hehee...







Monday, July 20, 2009

p zoo negara




hati dirundung pilu

entah kenapa hatiku selalu saja dirundung pilu akhir2 ini, aku selalu saja terkenangkan arwah abah dan arwah tok, aku jadi sgt2 sedih bila teringatkan kenangan lama bersama mereka. ramadhan bakal menjelma x lama lagi, sedihnya aku rasa... ingat lagi, dulu awal2 lagi tok dh bangun dan kejutkan mak utk masak sahur, aku ni tahu bangun makan ja.. segalanya dh tinggal kenangan sekarang ni.. abah pulak, aku teringat waktu abah balik kerja ptg2 dengan penuh bungkusan di tangan yg lengkap dengan segala jenis kuih muih utk kami adik beradik bukak posa, kadang2 x abeh pon makan..
mmg sedih sgt bila kenang kembali saat2 itu, segalanya dh x boleh aku rasai lagi... kadang2 raya pon rasa mcm kurang ja sekarang ni..:(

Thursday, July 16, 2009

mimpi semalam...

ya allah, betapa alpanya aku di atas dunia mu ini.. semalam aku terjaga dr mimpiku, aku menangis, aku mimpikan 2 org insan yg terlalu banyak berbakti padaku. aku sedar akan kealpaanku terhadap mereka, doa terhadap mereka terlalu sedikit ku hulurkan. ya allah betapa kecewanya mereka dengan diriku ini...

-sedih sgt, x boleh nk taip apa2 dh...-

Tuesday, July 7, 2009