Monday, March 28, 2011

mimpi

hurm...hari ni saja nk cerita pasal mimpi semalam....
sedihnya mimpi tu hanya Allah yg tahu...tp disebalik mimpi tu aku turut bersyukur kerana aku dpt bertemu dengan org yg telah pergi meninggalkan aku buat selama2nya..
buat pertama kalinya aku bermimpikan adik aku...bukan sekadar bermimpikan wajahnya malah aku turut bermimpi adik aku berjalan ke sana kemari...sebenarnya adik aku kena demam panas sejak lahir, dan arwah tak boleh berjalan sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika berusia 5 tahun dan waktu tu aku berusia 8 tahun...
apa yang adik aku lakukan ketika hayatnya hanyalah baring baring dan baring selain makan apa yg disuap dan kadang kala 'tarik' .
ya allah, sayunya hati aku ni...aku mmg x pernah mimpikan adik...mimpi tok dan abah pernah jugak walaupon jrng2, tp ni mimpi yg pertama pasal adik dan adik boleh berjalan...allahuakbar, indahnya tika itu...dan aku seolah2 menyedari mimpi aku itu kerana aku memeluk adik aku dengan eratnya, aku menangis semahu mahu nya, aku kata pada arwah aku rindu kan arwah dan aku terlalu gembira dpt lihat arwah berjalan ke sana ke sini...subhanallah, susah nk digambarkan, tp situasi itu mmg terlalu indah...
sebenarnya di dalam mimpi semalam, aku turut mimpikan tok, tok pon ada....tahla kenapa..kalau hanyalah mainan syaitan, lantakla aku x kisah, asal aku dpt berjumpa org yg aku sayang sudah...lgpon bukan aku terjebak dengan apa2 benda kurafat...

rindu nk peluk adik, tok dan abah lg..:(

-with love-


No comments: